PEMILIHAN BAHASA KOMUNITI CINA DI SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG THE LANGUAGE CHOICES OF THE CHINESE COMMUNITY IN SIMPANG AMPAT, PENANG

Main Article Content

Mohd Khaidir Abdul Wahab
Khor Gek Suan

Abstract

ABSTRAK


 


Kepelbagaian bahasa dalam masyarakat majmuk Malaysia menimbulkan persoalan tentang cara individu dan komuniti membuat pilihan bahasa dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara yang menekankan peranan bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan, wujud keperluan untuk memahami pola pemilihan bahasa yang berlaku dalam kalangan komuniti pelbagai kaum, khususnya dalam domain sosial harian seperti keluarga, kejiranan dan aktiviti jual beli. Kajian ini meneliti pola pemilihan bahasa dalam kalangan komuniti Cina di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Pulau Pinang dengan tumpuan terhadap tiga domain utama tersebut. Data dikumpul melalui soal selidik dan pemerhatian ikut serta yang melibatkan 200 orang responden daripada komuniti berkenaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Mandarin dan dialek warisan seperti Hokkien, Hakka dan Kantonis merupakan bahasa utama dalam domain keluarga. Dalam domain kejiranan dan aktiviti jual beli, penggunaan bahasa adalah lebih rencam, melibatkan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bergantung kepada latar dan konteks interaksi. Bahasa Inggeris dikenal pasti sebagai pilihan utama dalam sektor pekerjaan dan komunikasi global, manakala bahasa Melayu diiktiraf sebagai simbol perpaduan nasional yang mampu merentas sempadan etnik. Sementara itu, bahasa Mandarin berperanan penting dalam mengekalkan identiti budaya serta membangkitkan rasa bangga etnik dalam kalangan komuniti tersebut. Kajian ini memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang pengaruh faktor sosial, ekonomi dan budaya terhadap corak pemilihan bahasa dalam kalangan komuniti Cina sebagai salah satu komuniti pelbagai bahasa di Malaysia. 


Abstract


The linguistic diversity within Malaysia’s multi-ethnic society raises questions about the ways in which individuals and communities make language choices in their daily lives. In a national context that emphasizes the role of the national language as a tool for unity, there is a pressing need to understand the patterns of language choice that emerge among various ethnic communities, particularly within everyday social domains such as the family, neighbourhood, and marketplace interactions. This study examines the language choice patterns among the Chinese community in Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Penang, focusing on these three key domains. Data were collected through surveys and participant observation, involving 200 respondents from the community.Findings indicate that Mandarin and heritage dialects such as Hokkien, Hakka, and Cantonese are predominantly used within the family domain. In neighbourhood and transactional interactions, language use is more varied, involving Mandarin, Malay, and English, depending on the context and nature of the interaction. English is identified as the preferred language in employment and global communication, while Malay is recognised as a symbol of national unity capable of bridging ethnic divides. Mandarin, on the other hand, plays a significant role in maintaining cultural identity and fostering a sense of ethnic pride among the community. This study provides clearer insights into the influence of social, economic, and cultural factors on language choice patterns within the Chinese community, one of Malaysia’s linguistically diverse groups.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Khaidir Abdul Wahab, & Khor Gek Suan. (2025). PEMILIHAN BAHASA KOMUNITI CINA DI SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG: THE LANGUAGE CHOICES OF THE CHINESE COMMUNITY IN SIMPANG AMPAT, PENANG. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(1), 63–84. Retrieved from https://ijps.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60820
Section
Articles