KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU DALAM PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA: PERSPEKTIF PAKAR SOSIOLOGI MENERUSI KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA

The Importance of Negaraku Anthem in the Formation ff Nations: A Sociologist's Perspective through Ethnic Diversity in Malaysia

Authors

  • Siti Nurkhalilah Liana Universiti Teknologi Mara
  • Azizan Zainuddin Universiti Teknologi Mara
  • Anida Mahmood Universiti Teknologi Mara

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.10

Keywords:

simbol kebangsaan, Negaraku, lagu kebangsaan, budaya, negara-bangsa

Abstract

Kewujudan simbol kebangsaan memainkan peranan yang penting dalam mencerminkan imej dan identiti sebuah negara. Salah satu simbol yang sering digunakan di seluruh dunia adalah lagu kebangsaan. Begitu juga dengan Malaysia, Negaraku diangkat menjadi lagu kebangsaan sejak 1957 lagi. Keunikan struktur lagu dari segi gabungan melodi dan lirik dalam lagu ini memberikan impak yang kuat kepada jiwa dan emosi pendengar. Namun begitu, disebabkan lagu ini hanya bertahan selama lima minit sewaktu dinyanyikan, menjadikan perbincangan mengenai Negaraku ini tidak diperluaskan terutamanya dalam pembinaan negara-bangsa. Bahkan, isu penghinaan lagu Negaraku ini masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Faktor utamanya adalah kurangnya kefahaman dan penghayatan terhadap makna dan peranan lagu ini oleh rakyat Malaysia. Selain itu, kekurangan rujukan berkaitan kajian Negaraku dalam bidang sains sosial dalam pembinaan negara-bangsa. Kajian Negaraku menjurus kepada perkembangan sejarah lagu tersebut hanya dipelopori oleh Saidah Rastam (2014-2017) dan Shazlin Hamzah (2018-kini). Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan untuk menekankan kepentingan Negaraku sebagai lambang negara-bangsa dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Menerusi temu bual semi-struktur bersama tiga pakar utama dalam bidang sosiologi ini, analisis tematik dilakukan dalam mencari tema utama untuk menjelaskan mengenai peranan Negaraku dalam pembinaan negara-bangsa. Hasilnya, empat tema utama ditemui dalam membuktikan peranan Negaraku terhadap pembinaan negara-bangsa iaitu a) jati diri warganegara Malaysia, b) penyatuan budaya dan identiti nasional di Malaysia, c) alat pembinaan negara-bangsa dan d) cadangan serta pelan strategik. Kesimpulannya, perbincangan tema menerusi Negaraku ini dapat memperluaskan skop diskusi dalam bidang sains sosial melalui kajian antemologi di Malaysia.

Kata kunci: simbol kebangsaan, Negaraku, lagu kebangsaan, budaya, negara-bangsa

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30