PERTEMPURAN KALABAKAN 1963: PATRIOTISME DAN KEDAULATAN MALAYSIA

The Battle of Kalabakan 1963: Patriotism and Malaysian Sovereignty

Authors

  • Abdul Rahman Mad Ali @ Abang Mad Ali @ Abang Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.6

Keywords:

Konfrontasi, Pertempuran Kalabakan, subversif, tentara Malaysia

Abstract

Pertempuran Kalabakan pada 29 Disember 1963 adalah salah satu bukti tindakan subversif tentera Indonesia  ke atas wilayah sempadan Malaysia di sempadan Sabah-Kalimantan Timur, Tawau, Sabah. Peristiwa ini kemudiannya dikenali dikalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘Peristiwa Kalabakan’ manakala dikalangan masyarakat sempadan Sabah dikenali sebagai ‘Malam Berapi Kalabakan’ telah  mengorbankan banyak tentera kedua-dua pihak. Penulisan akan merungkaikan peristiwa pertempuran dan sumbangan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD Ke-3) dalam usaha mempertahankan kedaulatan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif bermula dengan kajian perpustakaan. Penelitian turut dilakukan di arkib bermula di Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Malaysia dan Muzium Tentera Darat Malaysia. Kaedah temu bual tutut digunakan terutamanya untuk mendapatkan maklumat daripada pengalaman veteran (memori kolektif) tentera dan masyarakat mengenai situasi pertempuran tersebut. Kerja lapangan juga turut digunakan khusus untuk mengesan dan melihat lokasi pertempuran pasukan keselamatan Malaysia di Kalabakan, Tawau, Sabah. Akhirnya, penulisan ini cuba untuk menggetengahkan ‘Kalabakan’ sebagai simbol patriotisme dalam upaya prajurit serta masyarakat sempadan Sabah dalam perjuangan mempertahankan ‘tanah air tanah tumpahnya darahku’ dari ancaman tentera penceroboh Indonesia wajar diteladani dalam mengisi kemuliaan negara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30