Satu kritikan mengenai suatu kajian pemerolehan morfem yang tertentu
Abstract
Beberapa kajian telah cuba menyiasat urutan yang diperlihatkan oleh pelajar-pelajar semasa memperolehi atau mempelajari bahasa ibunda dan bahasa kedua. Pada tahun 1973 Roger Brown dalam satu kajian yang penting telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang memperolehi bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama memperlihatkan urutan yang sama bagi morfem-morfem gramatis dalam situasi-situasi yang wajib. Dalam rencana ini, saya ingin mengkritik percubaan pertama yang dijalankan oleh Dulay dan Burt serta kesimpulan-kesimpulan mereka mengenai pemerolehan urutan morfem pada amnya.









