SOME REMARKS ON WESTERN AND ISLAMIC PERCEPTIONS OF THE LAW: WITH A REFERENCE TO THE RIGHT TO FREEDOM OF SPEECH
Abstract
Dalam makalah ini penulis mengetengahkan beberapa perbezaan yang mendasar di antara budaya perundangan Islam dan Barat, antaranya dalam isu berkaitan kebebasan bersuara. Di samping itu, pandangan Barat terhadap undang-undang umumnya bersifat kontrak. Namun begitu, perdebatan tentang hak asasi manusia di Barat membawa kepada suatu dakwaan metafizikal yang hebat apabila mereka menganggap bahawa hak-hak ini adalah suatu yang tabi'i dan bukan semata-mata suatu yang bersifat kontrak. Pandangan Islam tentang isu ini, sebaliknya, berdasarkan kepada suatu keyakinan terhadap konsep penciptaan Ilahi: Dia, yang satu-satunya berupaya mencipta, adalah juga satu-satunya yang mampu menentukan apa yang benar dan yang salah dalam penciptaan ini. Para fuqaha dalam menentukan hukum mereka berpandukan nas-nas Syar'i dengan menggunakan usul al-fiqh. Apa yang jelas, perbezaan dasar di antara tradisi perundangan Islam dan Barat ini tidak menolak kemungkinan kedua-duanya mengemukakan suatu norma yang sama atau merealisasikan nilai-nilai yang sama.






