THERAPEUTIC ETHICS: MANAGING ANGER, NEGATIVE THOUGHTS AND DEPRESSION ACCORDING TO AL-BALKHĪ
Abstract
Pengawasan dan peningkatan diri atau jiwa amat penting dalam rangka kesejahteraan emosi dan rohani. Sebaliknya ketiadaan faktor tersebut akan mengakibatkan ketidakseimbangan emosi dan rohani. Apabila jiwa sihat maka semua fakultinya akan terselamat daripada tanda-tanda penyakit emosi dan rohani seperti marah, panik, kemurungan dan sebagainya. Kebahagiaan rohani adalah tunggak kepada kesihatan jiwa. Justeru untuk penjagaan jiwa kita perlu mempertahankannya dari gejala-gejala penyakit emosi dan rohani dan cuba mencari sumbernya yang bertunjangkan kepada kebahagiaan rohani bukan setakat emosi sehaja. Dalam menangai masalah ini Islam memberikan solusi yang pelbagai dan pendekatan yang berbentuk integrasi iaitu kognitif atau rasional pscho-physiology. Ini dapat dilihat dari amalan junjungan nabi Muhammad (s.a.w), para sahabat dan juga melalui sumbangan dari penulisan ulama’ silam, seperti Abu Zayd al-Balkhi.






