The Background of Malay Kalam With Special Reference to the Issue of the Sifat of Allah
Abstract
Sifat-sifat Allah merupakan tajuk utama dalam perbahasan Ilmu Kalam yang dibahaskan oleh Mu'tazilah dan Abu al-Hasan al-Asy'ari yang kemudiannya telah membina mazhabnya yang tersendiri dalam akidah. Mazhab ini telah mendapat sokongan tokoh-tokoh akidah sepanjang kurun sehiggalah ke hari ini. Artikel ini cuba membincangkan bagaimana doktrin sifat oleh al-Asy'ari telah diperkembangkan oleh al-Sanusi melalui doktrin Sifat Dua Puluh yang begitu menarik perhatian ulama'ulama' al-Azhar Mesir. Doktrin ini mula tersebar ke Alam Melayu apabila ia dipopularkan oleh sebilangan ulama' Melayu bermula dari kurun ke-18 melalui karangan-karangan ilmu kalam mereka.






